Behind The Scene!

20071113

Oh Malaysiaku!

Kuala Lumpur, October 10th, 2007 (Sat) – Malaysia huru-hara! Porak-peranda! Malaysia kini dalam kancah politik yang tidak stabil hingga mengheret negara itu dalam keadaan tidak aman – ini antara persepsi masyarakat luar hari ini terhadap negara kita.

Ia berikutan berlakunya perhimpunan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut disertai parti politik pembangkang di ibu negara menuntut satu pilihanraya bersih diadakan.

Benar, pada hari ini berlakunya satu perhimpunan yang dipanggil Gelombang Kuning yang digerakkan gabungan NGO dan parti pembangkang yang menamakan diri mereka BERSIH!



Tapi, hakikatnya, negara tidaklah kacau-bilau seperti yang media luar gambarkan, itu hanya propaganda mereka dan melaporkan perkara kurang tepat.

Hanya beberapa das gas pemedih mata dilepaskan dan pancutan air oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyuraikan mereka yang berkumpul, itu sahaja.

Media arus perdana tempatan juga lebih berselindung dalam melaporkan kejadian itu, yang mana saya faham alasannya – tidak mahu menimbulkan panik di kalangan rakyat dan tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Sebagai wartawan yang membuat liputan kejadian itu, saya melihat dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku, dan ini antara fakta yang saya ada;

Orang ramai mula berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara seperti Jalan Tun Perak, Masjid Jamek dan Masjid Negara seawal pukul 1 petang, meskipun perhimpunan itu dijadual berlangsung pukul 3 petang.

Pihak polis mengadakan sekatan jalan-jalan utama masuk ke ibu negara sejak pagi lagi, saya sendiri tersekat dalam kesesakkan itu lebih sejam dan bertekak dengan beberapa polis trafik.



Alasan “Saya wartawan dari media rasmi kerajaan dan sedang bertugas,” rupa-rupanya tidak laku dalam keadaan tegang seperti itu.

Selepas mengharung 3 sekatan jalanraya, akhirnya saya berjaya meloloskan diri dengan memandu kereta sendiri ke perkarangan Masjid Negara.

Ketika itu hujan lebat.

Di sekitar Masjid Jamek, pihak polis sebenarnya sudah cukup berlembut dengan kumpulan tersebut, mengarahkan mereka beredar dan jangan berkumpul, tetapi arahan itu tidak diedahkan. Selepas amaran diberi, gas pemedih mata dilepaskan.

Lari lintang-pukang semua.

Satu perkara yang patut saya akui, pengikut-pengikut perhimpunan itu berdisiplin.



Kalau media arus perdana melaporkan, 4,000 orang menyertai perhimpunan, itu tidak benar, daripada pemerhatian saya, lebih 40,000 orang sebenarnya dan kamera saya tidak tipu.


Tapi, janganlah menuduh wartawan atau media arus perdana ini menipu rakyat, mereka menjalankan tugas dan saya percaya, mereka juga ada tanggungjawab memastikan negara ini terus aman.

Kalau zaman sebelum merdeka, wartawan dan akhbarlah yang mempengaruhi pemikiran rakyat dan mendidik mereka untuk bangkit menuntut kemerdekaan, tapi hari ini, negara sudah merdeka 50 tahun, dan media jugalah memainkan peranan untuk memastikan negara ini terus dalam keadaan aman dan stabil.

Oleh itu, kalau sekadar jumlah peserta perhimpuan diputar belit, saya percaya ia sekadar tidak mahu menimbulkan panik di kalangan rakyat yang tidak tahu-menahu tentang perkara ini.

Maaf! Ini bukan medan politik, ia cukup sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman.

13 comments:

Anonymous said...

hmmm apa lagi yang silembu-lembu ini nak?? tak habis2 bila lagi nak game dah!

Anonymous said...

Sebenarnya, media asing tidak memaparkan berita yang mengatakan Malaysia dalam keadaan kacau-bilau. Mereka hanya menyatakan bahawa kerajaan yang 'adil dan saksama' kita ini tidak membenarkan rakyatnya berkumpul secara aman dan damai untuk menuntut hak asasi yang terkandung dalam perlembagaan.

Persamaan 'Demonstrasi = kacau-bilau' ini ialah taktik kerajaan untuk menuduh pihak pembangkang. Saya pernah nampak pihak tertentu menyamar sebagai pembangkang dan pura-pura bergaduh dengan polis. Iaitu satu pemancing bagi polis untuk mula pukul dan tangkap. Lebih-lebih lagi, ini juga satu taktik untuk memberi kesempatan para pemberita membuat laporan negatif terhadap demonstrasi dan sekaligus menuduh pihak pembangkang sebagai pihak yang suka huru-hara.

Media arus perdana hanya melapor berita yang menyebelahi kerajaan. Kerajaan tidak berniat hendak melakukan reformasi terhadap sistem yang tidak adil itu. Oleh itu, tidak ada satu tuntutan pun yang dibuat oleh BERSIH dilaporkan dalam media arus perdana.

Sasaran demonstrasi itu tidak dapat diketahui oleh rakyat. Rakyat jelata yang tidak mempunyai minda terbuka akan salah faham bahawa demonstrasi itu bertujuan untuk menyebab ketidakstabilan.

Semua berita hanya melaporkan tentang kesesakan lalu lintas (yang kebanyakan disebabkan oleh polis dan bukan demonstrasi), tangkapan polis, anggaran peserta (yang jauh lebih rendah daripada yang sebenar) sahaja.

Sila lihat foto ini. Unit Amal (PAS) yang membantu mengawal keadaan.

http://www.jeffooi.com/2007Q4/Unit-Amal01.jpg


Lihat gambar ini.

http://www.jeffooi.com/2007Q4/BERSIH_Mkini15.jpg

http://www.jeffooi.com/2007Q4/Unit-Amal05.jpg

Pihak Pengelola membantu membersihkan jalan raya di Kuala Lumpur selepas perhimpunan.

Adakah 'pembangkang = orang yang mengheret negara dalam keadaan tidak aman'?

Think twice.

Anonymous said...

What the fitch siah!Am i going to face this hurdle when m in KL??? Oh what the Fer! Tis is like... scary. Is this gonna be the Thai like kinda riot? DARN!!

Anonymous said...

seriusly ..
...no lahh....mana ada rusuhan2 ni semua....org mesia ni masih ade otak yang waras untuk berfikir...cuma ...maybe diorg nak pandangan dan pendapat diorang di dengar secara terbuka, adil dan saksama...bagi i la..if..there is a way..of mengutarakan pandangan secara telus/ transparent melalui mana2 channel/saluran atau apa2 cara di malaysia ni...yang tak disekat..a real democratic thing..even thru MEDIA , i think..perkara2 mcm perhimpunan aman...(atau bila dah sampai tahap manusia hilang sabar bila rakyat yang terhimpit di bawah ni susah nak didengar maybe terjadi rusuhan perasaan or so called ..) takkan terjadi mcm ni....wat do u think...??a media for example sepatutnya kena lebih telus/ transparent pd masyarakat di luar yang tak tau..jgnkan kata masyarakat di seberang laut..di kg2 pun belum tentu tau apa yang sebenarnya..cuma..cik kiffli ni la diharapkan dapat membantu..betultak kiff?help me if iam wrong..
liza:)

Xis said...

Kifli
well.. don't want to get myself involved in any political argument.. but I think everyone has the rights to voice out their opinion and thoughts. Oh well.. Anyway... I was lucky I didn't go to office that day, coz I would sure be stuck in a heavy traffic.

Anonymous said...

hurm, true indeed. I must say that both the government and the oppositions parties have their own goods and bads. If only they could work together to achieve the better good. But that's not how democracy work. both goverment and pembangkang co-exist so that different views/ideas can be sought. Tapi malang sekali,byk org yg kat atas seems to neglect orang yg berada di bawah,lepas diorang dpt kuasa.So rakyat may no longer be the priorities for some of them (not all...). Pasal Al-jazeera tu, i must say,things were aggravated as they (aljazeera) partially reported/covered the riot, and they called the "wrong" & emotional person for responses. Patut call Pak Lah je,he has better sensibility, and credibility. And i think patutnya al-jazeera buat liputan pasal the before-and-after the riots,and the gov.'s measures of giving treatment to those being sprayed by the tear-gas in masjid jamek. I think, then the whole issue would be viewed differently.

Anonymous said...

Liza

thanks a zillion for that assurance. I just do not want to be trapped in a turmoil condition. Rather chaotic.I do understand the people point of view. They are not heard and they do such things. Well at least someone is aware. It's only when things get too far then an action is done and by then it's too late

Anonymous said...

I tengok cerita V for Vendetta semalam, yang cam ala-ala apa terjadi kat demonstrasi ni. Kawan I rekemen itu cerita best.

-dona

Kifli Bujang said...

To Dona:
Ok set nanti ada masa i tgk itu cerita.

Azz Azfar said...

i was in singapore n sangat terkejut abt this cz kami diserang oleh media di sana bertanyakan soal politik n ask more abt this ...n force us to give comment abt this....

Anonymous said...

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kerana menyatakan kebenaran dalam blog ni. Walaupun dalam media arus perdana menyatakan 4,000 yang menyertai perhimpunan ini, tapi hakikatnya lebih 100 ribu orang jika dicampurkan yang berkumpul di depan istana, Masjid Negara, Masjid Jamel dan beberapa tempat yang lain lagi.

Ini tidak ditambah yang berduyun-duyun datang ke pusat Ibu Negara tetapi tersekat dengan roadblock.

Pada saya, perhimpunan aman seperti ini boleh dielak jika permintaan puak-puak ni diberi pertimbangan yang sewajarnya. Pada saya permintaan mereka adalah selari dengan prinsip demokrasi.

Jadi tak ada sebab permintaan mereka tidak diikuti. Contohnya akses kepada media. Tak perlu saya nyatakan panjang lebar, kita sama-sama lihat hakikat kebebasan media yang lebih kepada parti memerintah tanpa memberi peluang kepada parti pembangkang menjawab segala persoalan. Inikah namanya demokrasi?

Anonymous said...

Jika pihak admin blog tidak keberatan, cubalah pertimbangkan apa yang diperkatakan oleh MB Kelantan. Sila klik : http://www.youtube.com/v/FyKhNLp1_oI

Tak betul ke apa yang beliau katakan ni? Fikir-fikirkanlah :)

Kifli Bujang said...

Salam dan salam sejahtera untuk semua:

Nampaknya ramai yang berminat dengan isu politik tanahair! setidak-tidak menjadi bahan pembuka minda.

Tapi, sekali lagi saya ingin ingatkan yang blog ini bukan bersandar kepada mana-mana ideologi atau agenda media, saya hanya memapar dan menceritakan apa saja yang berlaku pada saya dalam ruang lingkup pekerjaan saya DAN HANYA pandangan peribadi saya, TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan agensi media tempat saya berkhidmat. Terima kasih.