Behind The Scene!

20071110

Saya Dipanggil SB (Special Branch)

Memasukkan fakta baru mengenai SB
PETALING JAYA, November 9th, 2007 (Fri) -- Pagi ini saya terima satu SMS dari ASP Suffian dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, IPK KL. Antara lain SMS itu meminta saya ke pejabatnya kerana Ketua Polis Kuala Lumpur ingin berbincang sesuatu dengan saya.
Terperanjat juga, apa yang tidak kena, kenapa tiba-tiba Datuk Zulhasnan Najib Baharudin nak jumpa? banyak persoalan bermain difikiran. Baru semalam dia buat sidang media, hari ini nak buat lagi?
Pukul 12.10 tengah hari, saya tiba di pintu masuk IPKKL, pengawal tidak benarkan saya masuk, katanya tiada sebarang sidang media hari ini. Pelik! Saya hubungi ASP Suffian semula dan dia mengarahkan pengawal itu benarkan saya masuk.
Sesampai di pejabat ASP Suffian, saya tanya;
"Apa cerita tuan?"
"Masuk pejabat bos saya kejap," katanya ringkas.
Saya pun masuk ke bilik Ketua Jabatan Pengurusan, Tuan Zakaria, turut ada sama, Ketua Cawangan Khas KL atau lebih dikenali sebagai SB iaitu 'special branch' (yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini, dan tidak tahupun namanya).
"Saya ada benda nak bincang dengan awak, kita nak minta tolong sikit..." kata Tuan Zakaria, dengar saja perkataan nak minta tolong sikit... perasaan saya lega.
Kami berbincang selama setengah jam, ia berkaitan dengan perancangan pihak tertentu yang ingin mengaturkan satu perhimpunan BERSIH esok di Dataran Merdeka yang tidak mendapat kebenaran polis.
Butir perbincangan saya tidak boleh dedahkan. Tapi percayalah, media juga berperanan untuk memastikan negara terus aman! Kami ada strategi dan kami ada tanggungjawab!
Apa yang mahu saya kongsi di sini ialah pengalaman mengatur strategi dengan pihak SB dan mereka beri saya tip-tip kalau berlaku rusuhan, apa yang perlu dilakukan kalau terkena air yang disimbah oleh pihak FRU atau terkena gas pemedih mata.

12 comments:

Anonymous said...

P/s - sila baca komen ini sambil memasang lagu latar mission impossible...

Suspen gak kerja2 wartawan ni kan. Ingatkan asyik duduk kat dpn laptop, and tulis report je. Btw, what's an SB? lol.

Anonymous said...

tu lah apa benda SB tu????

Fizz Zaquan said...

kenapa tak mention pun what is SB stand for? I heard pasal rusuhan tu semalam...

Anonymous said...

Salam,
seriously the rusuhan is a big thing
amongst my frens in Newcastle.
We've seen the footage online,
a report made by an aljazeera reporter. Honestly, from what he did,
and what he commented,
Malaysia seems to be in a big turbulent & kacau bilau & no longer safe mcm thai & Burma. I'm expecting a decline in tourism for the next few months.too bad though.

Anonymous said...

bro...ok la kalau dah sb dan polis percayakan kita dan panggil utk berbincang...utk kesenangan kite juga dlm menjalankan tugas menyampaikan apa yg berlaku ..

kesian sahabat yg berada di luar negara tak tau cerita sebenar...ikut al jazeera melapor macam malaysia dah nak kiamat ...padahal tak de apa pun ...

anyway mungkin hang boleh cerita sikit pengalaman masa berada kat situ dari kacamata org yang neutral...

kalau takat nak serah memorandum tak payah le berarak ...pi je kat depan istana then serah jee..abis cerita..sertakan sama tandatangan 50ribu orang penyokong siap dgn no mykard....baru org percaya

buat habis duit minyak dan tambang jer pengikut yg datang dari jauh...dan org lain yg nak pi shopping kat jln tuanku abd rahman..

kesian bebudak yg tgh menyambut hari kanak kanak sedunia di klcc ...traffik jam menyusahkan depa....

Anonymous said...

Kitorang tahu yg tak ada apa2 serious berlaku di Malaysia, tapi, Seluruh dunia tak tahu (rasanyalah..) People would turn in to Aljazeera (or others alike) first, and I believe, what the Aljazeera's reporter did will only aggravate this matter. Kalau tak percaya cuba tgk http://www.youtube.com/watch?v=4Q6558tY58E)
I think,it's up to the wartawan2 malaysia utk do the countermeasure.
Best of luck in doing that! and kitorang kat oversea ni, dah jenuh nk explain pada bdk2 international lain about what actually happened in Malaysia.W'slm.

Anonymous said...

sorry, adress yg betul:
http://www.youtube.com/watch?v=4Q6558tY58E

Kifli Bujang said...

Salam all,
that's true, nothing muchlah sebenarnya. They all berarak aman..cuma the police did lepaskan gas pemedih mata sbb mereka tak mahu bersurai after kasi amaran banyak kali dan berlembut gak dengan depa ni! I'll update this blog soon, on my perspective apa yang I lihat kat sana...dan my cute camera tak tipu! Tunggu...

Anonymous said...

kalau nak tengok tv malaysia live ...surf le www.syoktv.net

Anonymous said...

SB - Salam Bollywood je aku tau.

Anonymous said...

wah bagus ar..rupa2nya sepeninggalan aku, ko makin terer buat crime-- su jb--

Unknown said...

Special branch