Behind The Scene!

20070729

Go or Not to Go

KUALA LUMPUR, July 28th, 2007Saya masih berkira-kira siapa bakal saya namakan untuk pergi ke Kota Kinabalu untuk satu laporan khas mengenai anggota tentera kita yang sedang bertugas di beberapa pulau di sana.

Ketua Editor Penugasan menyerahkan kepada saya petang tadi mengenai tugasan itu dan bertanya perlukah kami menghantar wakil ke Kota Kinabalu? Jika perlu katanya cari wartawan di bawah jagaan saya yang sesuai untuk ke sana atau saya sendiri yang pergi.

Masalahnya hanya kami bertiga dalam unit Jenayah dan Keselamatan.

Sejak mengetuai unit itu 3 tahun lalu, wartawan dalam unit saya sering bertukar-tukar, dan ia banyak dibantu oleh wartawan-wartawan praktikal – bukan tidak percaya pada kemampuan wartawan baru atau praktikal, cuma risau ia memberi impresi kurang senang dari pihak Kementerian Pertahanan memandangkan laporan ini lebih kepada liputan khas mengenai anggota mereka.

“Awak nak pergi?” tayan saya kepada seseorang dalam unit kami.

“Saya takutlah bang, nak tulis apa nanti?” katanya.

“Macam-macam benda boleh tulis, jadikan dalam dua tiga siri.” Jawab saya ringkas.

Jawapan yang tidak menyakinkan itu menyebabkan saya berfikir semula, siapa yang sepatutnya pergi. Saya tidak boleh salahkan dia kerana dia baru bertugas di organisasi kamu tidak sampai setahun.

Dalam hati, takkan saya kena pergi sedangkan saya masih sibuk dengan kes Altantuya. Saya memang suka buat laporan khas seperti itu, tapi dalam masa sama kesian juga pada seorang lagi rakan setugas dalam tim-altantuya kami.

Saya ambil keputusan untuk berbincang semula dengan Ketua Editor Penugasan berhubung perkara ini, Isnin nanti.

9 comments:

Anonymous said...

wartawan nie kekadang nampak aje sebuk , betol ke?

Luaq Ezplanade said...

Kiff, mungkin ada ketika memang susah nak buat keputusan...tapi keyakinan and semangat yg ada pada u...insyallah semua akan berjalan lancar laa

Anonymous said...

CAYOK 3X!!
Buatlah keputusan dengan bijak..
mesti u boleh bagi keputusan yang terbaik! good luck...

Fasihah Yusof
MIIM student

Kifli Bujang said...

To Anonymous:
Betullah you cakap kadang-kadang... Kadang-kadang sibuk, kadang-kadang tak sibuk langsung, kadang-kadang menyebuk je lebih. Kadang-kadang kerja lebih 12 jam, kadang-kadang kerja 4 jam pun semua dah beres.

Kifli Bujang said...

To Luaq Ezplanade and Iha:
Thanks guys. Nampak gaya mcm I lah tu kena pergi hehe! Dalam lama tak gi KK ni

Anonymous said...

Go!!go!! chaiyok..!!

u can do it :-)

liza

Anonymous said...

haha...
baguslah..semoga selamat perjalanan kelak..

Fasihah Yusof
MIIM Student

Anonymous said...

yezzzz kef think wisely as i know pening jugak kan if allow them to go takut jugak wthr they can make good report OR if tak kasi susah jugak bila lak they all nak belajor kannn!!!

dont 4get our date!!!! :)

shamaz

ceriterahidup said...

I nak pegi buleh? muahahaha