Behind The Scene!

20070704

Kerja Vs. Cinta


SHAH ALAM, July 4th, 2007 (Wednesday) -- Sebulan saya tidak menulis di sini, bukan bermakna saya tidak pergi kerja, but something came up in life. Life sometime real hard to handle and its seriously unpredictable.

Sejak 18 Jun lalu saya berulang-alik ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Pekerjaan kami sering terdedah dengan berbagai kejutan, selain berita-berita panas dan mengejutkan di mahkamah, hidup kita juga kadang-kadang dikejutkan dengan sesuatu yang bersifat peribadi. Sampaikan ada masanya macam tidak larat nak pergi kerja dan berjumpa dengan ramai orang, tapi apa nak buat itu periuk nasi.

Dulu ustaz saya selalu cakap, pekerjaan itu satu ibadah kalau dilakukan dengan penuh keikhlasan (selain untuk mendapat gaji setiap bulan.) Keluar bekerja juga kadang-kadang membawa kepada banyak faedah sampingan.


Bagi sesetengah orang, sewaktu bekerjalah mereka dapat menambah kenalan dan beroleh peluang-peluang lebih baik untuk kehidupan masa depan.

Malah, ramai juga yang bertemu Mr./Mrs. Right mereka di tempat kerja.

Ada seorang teman bercinta dan bertunang dengan orang lain, tapi bila bertukar kerja, jodoh dia rupanya ada di situ -- di tempat baru. Ada seorang lagi teman yang juga bertemu cinta barunya semasa bekerja.

Jadi tak syak lagi, kadang-kadang jodoh itu ada di mana tempat kita bekerja, kalau kita bekerja di Gombak, maka mungkin kita akan bertemu dengan orang Gombak...

Kalau begitu hipotesisnya, ada kebarangkalian saya akan bertemu cinta di Shah Alam. Mungkin peguam, siapa tahu!

12 comments:

ceriterahidup said...

semoga anda bertemu dengan cinta sejati!

Anonymous said...

dah tenguk email??? kalau lum cepat la tengok...how??? ok tak ???heheh anyway dont foget d wedding garden party jgn lak pakai baju melayu bersentanjak lakkk!!!

Anonymous said...

I am agreeable to you. Your life partner can be at where you work. For example, if you are in gombak, you meet her in gombak, if you in shah alam, you meet her in shah alam. i hope you meet her soon...it is about time you must make your self happy.

Azz Azfar said...

erm..bercinta...
azz semakin x paham..
maybe im too young to noe ur love story kot..
hahahaha

Luaq Ezplanade said...

Semoga bertemu jodoh laa beb~! teruskan usaha walaupun perkerjaan itu memang jadi periuk nasi kita untuk kini dan masa depan untuk kita teruskan kehidupan ini yang tanpa kita jangka...samada baik buruk kesan nya terhadap kita....

Anonymous said...

ha.... dah bertemu jodoh nih.... jika sebut aje berkenaan si dia maka hati berdebar kencang... itulah jodoh anda.... teruskan usaha smpi ke jinjang pelamin.. jgn lupa jemput nanti... -azura

Kiff said...

Kalau dah jodoh tak ke mana, tapi itu semua di tangan Dia.

Anonymous said...

pakai je lah kasut gombak, mungkin akan jumpe org gombak :)

p/s: after 7yrs i left uni, only now i manage to watch iklan kasut gombak!

-kg girl-

Budak Bandar said...

Kalau macam tu i pun nak pakai Jimmy Choo lah kot2 boleh jumpa bintang Hollywood hehe -- Budak Bandar.

bob etv said...

kena tukar 'kerja vs cinta' kepada 'kerja + cinta' baru semangat bangun pagi nak pi kerja...

kami di etv sentasa menanti kad jemputan....

nak pi makan kenduri di johor

jgn tunggu lama lama(sweet charity)

Kiff said...

Bob!, hang cakap tu betui, kerja dan cinta kena seiring hehe! Kad dah tempah cuma tokeh tu kata jangan print dulu selagi nama pasangannya belum dapat, hehe!

SonbyLan said...

siapa tahu jodoh you kat SHAH ALAM kan..ahaks..