Behind The Scene!

20070808

Kopi Kluang dan Kantin Stesyen -Bahagian 2

KLUANG, July 29th, 2007 – Kalau minggu lalu saya singgah ke Bandar ini dalam perjalanan ke Johor Bahru atas urusan tugas, tapi hari ini saya kembali lagi semata-mata mahu memenuhi tuntutan keluarga.

Sekadar meluang masa bersama keluarga, berkumpul sambil berbual-bual dan makan bersama.

Tengah hari itu, kami makan ‘mee rebus tulang’ di Hutan Bandar, Johor Bahru, kira-kira 80km dari sini.

Mee Rebus Tulang adalah antara menu istimewa yang saya gemari di bandaraya itu. Mungkin di lain masa saya akan cerita mengenai Mee Rebus Tulang, tapi hari ini biar saya habiskan cerita mengenai kopi Kluang.

Destinasi kami seterusnya selepas makan tengah hari itu ialah ke sebuah dusun untuk menyemarakkan kempen ‘Makan Buah-buahan Tempatan’ seperti yang dilaungkan kerajaan.

Saya tidak minat sangat makan durian, tapi kalau dah ada depan mata, makanlah juga.

Lepas makan durian kami terus ke Kluang untuk mencuba menu di cawangan baru Kantin Stesyen yang terletak di tengah-tengah bandar ini yang dikenali sebagai KLUANG RailCoffee.

Nampaknya perniagaan mereka semakin maju, setelah membuka cawangan di Kompleks Kotaraya di Johor Bahru beberapa tahun lalu, kini mereka membuka satu lagi cawangan baru di sini.

Dari luar kelihatan saling tidak tumpah seperti di Stesyen Keretapi Kluang, tapi ia sebenarnya dibina dalam premis rumah kedai.



Hasil siasatan saya mendapati, KLUANG RailCoffee dengan KLUANG STATION adalah dua entiti yang berlainan.

Kantin Stesyen dan Kluang RailCoffee dimiliki tauke yang sama dikenali sebagai Ah Chang, sementara KLUANG STATION yang banyak cawangannya di Lembah Klang dimiliki anak saudara Ah Chang.

Bagaimanapun menurut Ah Chang, mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dalam soal pengurusan perniagaan itu, malah kopi yang digunakannya juga tidak sama.
Kaya yang digunakan barangkali masih mempunyai rasa yang sama, kerana ia turun-temurun dari nenek dan datuk Ah Chang yang sudahpun memulakan perniagaan kedai kopi di Stesyen Keretapi Kluang itu hampir 70 tahun lalu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kantin Stesyen itu pernah dikendalikan oleh sepupu Ah Chang yang sudah memeluk agama Islam sebelum diambil alih Ah Chang beberapa tahun lalu.

Sekain, laporan Kifli Bujang untuk Behind the Scene!

42 comments:

Anonymous said...

salam...
cmtu rupanya..jelaslaa lansung tade perkaitan ant.kedai2 kopi tu..cuma berkait tang tali persaudaraan antara ah chang dgn anak sedaranya.heheh

dan....mee rebus tulang?..
dan musim kempen buah2an tempatan?
dan durian??..
nice food..but dun like durian that much la.

iha: ok.bwk balik sikit kopi ya!
kifli: ceritanya mcm tak cukup je?
:)liza

Anonymous said...

yehaa...setelah sekian lama tunggu cerita pasal kopi, hari ni baru lah bleh baca...hahah

wah, bestnyer makan buah...

liza: Insyallah nanti iha p belikan kopi ek..tapi mcm mana nak bg nanti??

Fasihah Yusof
MIIM Student

Xis said...

Kifli
Thanks.. now at least we know, even though they are family, but their business has nothing to do with other.. In fact they are competitors.. :) Mee Tulang? Err... how does it taste like?

Ghaz said...

Kiflie;

Mee Tulang bunyi nyer macam sedap ajer ....

Terliur lak ....

Baru tau dia orang tak sama ... anyway, yg kat Tesco tuh I dah cuba, cuma yg kat Kluang ajer belum cuba lagi hehehehehhe

Anonymous said...

Salamz..

Nice shirt you have(yg tengah pegang durian)... :P~~

xoxo
Tioman

Kifli Bujang said...

Salam,
Dear all, thanks alot atas kesabaran tuan-tuan dan puan-puan sekalian menanti investigative reporting nie hehe.

Liza:
Tak cukup lagi ke story ni? emmm takkan nak sambung bahagian ke-3 pulak.

Iha:
Takkan kopi hai peng untuk Kak Liza sorang je, untuk Abg Kiff takde ker heheh.

Xis:
Trust me, the taste of Mee Rebus Tulang is great! The cafe quite near to Anjung Warisan in JB and the brach in Hutan Bandar JB also nice. You should try one day.

Ghazali:
I've tried yang kat Tesco juga, but I believe tha original Kluang Station kat Stesyen Keretapi Kluang tu lagi best!

Kifli Bujang said...

To Anonymous:
Thanks, bila dah kurus baru sesuai pakai baju berjalur melintang itu heheh!

Anonymous said...

salam..
kifli: hmm if ada part3, apapulak cite dia ye?anyway, thanks!!4the story, at least, we know Johor dipenuhi dgn marvelous food..yum yum lenkali leh cuba..

iha :betul ni?nk kasi kopi??mcm mana nk amik ya? ;P (kt IOI puchong ada 1 kedai kopi kemaman katanya sorg kawan la)

iha&kifli: yeah2,xkan la kopi tuk kak liza sorg jek.hehe..mesti abg kiff jeless takdpt kopi haipeng..

ghazali :Yg kt tesco tu ok.ive tried too..2x.but i believe yg kt Kluang stesen tu mesti lg double triple best..sbb original!(bile la nk dpt g sne)
liza :)

Anonymous said...

hurm, makin ramai yang nak kopi hai peng... :)

Kak Liza & Abg Kiff : nanti esok sebelum gue balik KL, gue singgah beli kopi haipeng untuk anda berdua k... :)hehehe

lepas tu nanti, pandai2lah fikir macam mana nak ambil.. hehhe :)


FASIHAH YUSOF
MIIM STUDENT

Anonymous said...

keff, yez mee rebus tulang kat warisan tu memabg best if akak balik kpg sure tak miss punye...kat bkt jepun tu kan ( near kubur mahmudiah tu kan ?? ) lagi satu yg best is the seafood ikan bakor kat tepi laut tu...tu be exact kedai tiptop tu aduihhh sedappp giler if jadik plan kite nanti bolih kite gie...ok

anyway thks 4 d kopiiii syokk giler...hehehehe

shamaz

Anonymous said...

salam,

tanya sket, dusun tu kt ner? harga camner lak?

Mee Rebus Tulang?....hmmm... mcm best wp sy x brapa mkn sgt mee.. sedap giler ker? hehehe....

Anonymous said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso.(If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada.If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).

Anonymous said...

Abang razak tak berjaya pujuk u pergi on 29th ni sekali ngan kita orang ke? I dah kata kat dia, dia tak cukup sexy to pujuk u.

Anonymous said...

actually bukan tak berjaya tapi tak kuasa nak pujuk pun. kalau pompuan dapat gak habuan. nie jantan. buat abis air liur aje. btw, kk pegi walau pun i ajak2 ayam kampung!

Anonymous said...

that cempedak and durian looks good..yummy

Anonymous said...

seKAIN laporan Kifli Bujang untuk Behind the Scene.

Anonymous said...

Dear kak liza n abg kifli...

Hurm, iha ade belikan uall sikit kopi dari kemaman...tapi mcm mana nak bagi...hehehe

FASIHAH YUSOF
MIIM STUDENT

Kifli Bujang said...

To Iha and Liza,
we sud have coffee session kan?

To Puki M**** Myer (alamak silap letak astrik),
Kalau I yang snap the pic, buah kelapa pun nampak yummy-yummy tau.

To Dona Dona (zaman sekarang),
Memang I tidak tertarik dengan pujuk rayu abang Ajak tu, kalau u yang pujuk barangkali cair juga, ahaks!

To Norhasnida,
You sud try, but make sure yang Johor punya bukan Penang mari ok!

Anonymous said...

salam...

kifli : ah ahh la...we shud go for it..:) (adoii...censored nye salah ltk astrik..)

iha : dh smpi sini ke?iskh..kakliza nak sgt la, tp how to get in touch with u dgn cara yg lebih mudah dan efektif??? hehe..cuba tanya abg kiff..cemane..:)

liza :)

Anonymous said...

makcik suda pegi yg kat stesen ketapi, tapi nama dia Kluang Rail Coffee laa bkn Kluang Station (nak amik gambo camera dah ilang pulak kann)

dan the other one i buat lintas hormat nama dia Railway Classic (u kata new branch dkt ngan Balai Bomba, tapi yg i jupe kat jalan gereja, adalah!)

makcik confuse, makcik nih sesat di bumi sendrik ke eh?

p/s: gigih ini katanya..hiks~

Anonymous said...

kan dah terselak asterik aku...aduh hai! tak senonoh

Anonymous said...

kifli: yeslah bro...

Kak liza: ha'ah..iha baru jer sampai kiel nieh. :) hurm, ok..nanti iha tanye abg kifli camne nak bg uall kopi ni... :)
anyway, ape kata sis bagi e-mail sis...

FASIHAH YUSOF
MIIM Student

Anonymous said...

bro ..aku baru je balik dari kluang isnin lepas ...tapi tak sempat nak pi stesen. hari ahad pulak ribut semacam di sana ...anyway lepas ni bole buat cerita mee tulang lak ..aku selalu ke sana bulan posa ...sedap menyedut tulang tuuu.

kalo yg ada darah tinggi call dulu ambulan sblm menyedut

Kifli Bujang said...

To Bob:
Hang memang kena jaga-jaga sikit bab makan mee rebut tulang tu. Aku tak suka nak melawat hang kat hospital ok...

Tapikan ramai orang tgk lah TV9... ramai yang tegur, Mamat ni dah berhenti Berita Astro ke? haha

To Anne:
Bagus lah you dah selamat kembali ke KL ingat masih tersesat di Kluang tu.

To P*** Miang Myer:(yes baru betul kedudukan astrik nya)
Maafkan saya penunggu gua...

Xis said...

Kifli
ahh.... banyak sawang.... heheh.. no new updates?? This time buat la kisah ala2 expose kat astro prima tuh...

Anonymous said...

Abang ajak kata: "kalau tak mampu pegi tu cakap je la tak mampu pegi bandung, tak payah nak cakap pasal pujuk rayu suma. meluat aku!"

sorri la babe. I sekadar menyampaikan message Mr. Sengal tu. :D

Anonymous said...

nie agak2 nak minta ganti rugi tak heh!! nama dah tercemar.. tapi takpe..since dia cepat2 baiki kesilapan i maafkan.

Kifli Bujang said...

To Xis,
Pertama Kali di Laman Blog seluruh dunia. Akan muncul satu pendedahan berani. Nantikan!

To Dona,
Dia tak tahu flight KLM yang you all nak naik tu I yang punya... lagi nak cakap I tak mampu.

To P**** Miang Myer (alamak terlebih astrik lah pulak, faham-faham jelah apa maksudnya!)
Nak gi Spore end of the month, nak beli HP baru hehe

Anonymous said...

heran la orang melayu nie cerita pasal kopi, pasal makan tulang boleh berminggu2 lamanya. ada pulak yang beberapa hekor ttu sebok nak pegi bejalan. tinggal laki tinggal anak. kesian kat dorang tu. yang best abg ajak. baik hati dan mulia....

Fizz Zaquan said...

u dah kena tag by me~! gudluck

Anonymous said...

salam

iha : kesian iha..kalu dh belikan kopi tu..cemane nk amik..

kifli : ish ni i kene mtk permission u ni..nk display email tuk iha..tak sabar nk merasa dia bwk kopi kemaman tu.xpasal2 pulak ur blog menjadi tmpt mendisplaykan email org len hehe...tumpang lalu ajole pakcik yea..bukan tumpang glemer.. ahaks!!
takde cerita tbaru???!

liza:)

Xis said...

Kifli
what would that be??? Curious...? Nothing on politians, right?

Anonymous said...

tak pe la bro...orang tengok tv 9 teringat masa hang anchor kat sana dulu. aku minggu ni start menyibuk utk merdeka ....orang merdeka cuti dgn anak bini ...aku dgn mesin jerr

Anonymous said...

dear kak liza..

hurm takpe..iha dah belikan kopi..
sekarng cuma tunggu mcm mana nak bagi jer...

IhA... :)

Anonymous said...

just let me know when u will be coming and with who???? u r most welcome.

Kifli Bujang said...

Im back from Kuching. Banyak benda nak komplen pasal Kuching ni.

Anonymous said...

kifli : WAHHH...sabar...sabar..slow2..
kuarkan crita satu2...psl pendedahan?? psl..Kuching lagi..erm..mcm menarik tertarik...nk tau ni..

iha : ok.zsharliza@yahoo.com thanks so much...sis..

lizA :)

Anonymous said...

kifli : WAHHH...sabar...sabar..slow2..
kuarkan crita satu2...psl pendedahan?? psl..Kuching lagi..erm..mcm menarik tertarik...nk tau ni..

iha : ok.zsharliza@yahoo.com thanks so much...sis..

lizA :)

Xis said...

Kifli
waiting for the new update... on Kuching maybe... :)

Anonymous said...

kak liza :okie, iha nanti e-mail kat sis..

iha:)

Kifli Bujang said...

Sudah-sudah, orang dah pindah ke entry baru, dah tak cerita pasal kopi lagi dah, heheeh!

Anonymous said...

abg kiff: hehe..owh takleh eh kalo still nak citer pasal kopi?huhu...takpe lah.. :)

Iha..