Behind The Scene!

20071011

Mayat Nurin Naik Motor

BUKIT AMAN (Kuala Lumpur), October 11th, 2007 (Thu) -- Siasatan kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, masih belum selesai.

Sekali lagi kami dipanggil ke Bukit Aman untuk menyaksikan sendiri rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang sudah ditingkatkan mutu imejnya di makmal forensik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk membantu mengesan individu disebalik kekejaman itu.

Terdapat dua segmen dalam rakaman CCTV itu.


Segmen pertama dirakam pada pukul 1 tengahari, 16 September 2007 di kaki lima, deretan rumah kedai, N0. 31, Jalan PJS 1/48 Petaling Jaya Utama.

Rakaman imej ini menunjukkan seorang lelaki membawa beg sukan jenama Diadora berwarna biru-hitam dengan sebuah motosikal Kriss Modenas.

Sebaik tiba di lokasi berkenaan, lelaki itu membuat panggilan telefon, sambil berbual di telefon dia kelihatan mundar-mandir di hadapan kedai berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya meninggalkan beg yang berisi mayat Nurin Jazlin di tepi tangga kedai berkenaan dan berlalu.

Ia berlaku dalam tempoh 2 minit.

Sementara dalam segmen kedua, kelihatan kelibat seorang wanita berbaju merah berlegar-legar di hadapan kedai berkenaan, kira-kira sejam selepas lelaki itu meninggalkan beg tersebut.

Tidak lama selepas itu sebuah kereta Perodua Kenari menghampiri. Seorang lelaki keluar dan berbual-bual dengan wanita tersebut sebelum semua mereka termasuk wanita itu meninggalkan tempat tersebut.


Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai imej-imej yang dirakam dalam CCTV ini atau mengenali mana-mana individu yang dilihat, sila berhubung dengan RAKAN COP di talian: 03-2115 9999.

7 comments:

Xis said...

Kifli
Goshh... I hope the police will eventually find that culprit... poor Nurin.. alfatihah..

Kifli Bujang said...

Until now, ia masih misteri!

Anonymous said...

takkan polis n culprit pun ikut raya???

Kifli Bujang said...

Raya tetap raya, tak kira usia, kaya, muda, jahat atau baik!

Anonymous said...

si tuan inspektor polis cina pun raya ka?

Anonymous said...

humm....


:( biasala..seme2 pun beraya..:(

bila nk siap keja..:( tunggu masuk taun depan gak nya,...malang betul..:(

liza :(

Anonymous said...

nie kes nak tunggu deepavali ke atau xmas baru selesai? n altantuya tunggu dia jadi hantu baru selesai kot!