Behind The Scene!

20080523

Wartawan Di-Raja

Kuala Lumpur, May 23rd, 2008 (Fri) – Nak tergelak saya, bila kebelakangan ini, rakan-rakan sepejabat memanggil saya dengan gelaran wartawan di-Raja.

Ini gara-gara saya asyik keluar-masuk istana untuk menyiapkan tugasan yang dituntut.

Saya sendiri sebenarnya kurang senang dengan tugas baru ini, kerana saya cukup selesa di duduk di ‘meja jenayah’ berbanding dengan protokal yang menyesakkan otak.

Menangkis ejekkan teman-teman, saya hanya berkata,

“Manalah tahu jodoh I dengan kerabat.”

Tugas saya kini menyiapkan laporan-laporan khas berkaitan pembangunan sesebuah negari di bawah naungan Duli Tuanku Sultan atau Raja memerintah di negeri-negeri terbabit disamping membuat biografi baginda.

Bukanlah susah sangat tugasnya, tapi remeh kerana terpaksa membuat penggambaran semula di lokasi, mencari tokoh-tokoh yang boleh bercakap mengenai latar belakang kerabat di-raja itu dan sebagainya.

Baru-baru ini saya ke Istana Arau di Perlis dan terdahulu Istana Iskandariah di Kangar, Perak.

Di bawah, beberapa gambar ketika sedang bertugas di kedua-dua istana.


Di Kuala Kangsar, Perak.



Di Arau, Perlis.

11 comments:

sh said...

slalu baca blog u ni.tp xprnh komen..bertuah la u. bukan semua org berpeluang masuk n take pic kat tmpt2 mcm tu.

Anonymous said...

“Manalah tahu jodoh I dengan kerabat.”

ha'ah manalah tauuuuu... aminnnnnnn - nanti jgn lupa jumput org phg-

Kifli Bujang said...

To Sh,
Oh ye ke, terima kasihlah kerana melawat, walaupun sebenarnya blog ni takde apa pun sekadar memenuhi tuntutan sesetengah pihak yang nak tahu, kerja wartawan ni mcm mana.

To Puan Anon,
Tak lama lagi tibalah giliran Sultan Pahang pula sambut ulangtahun, waktu mungkinlah jodoh tu ada kat Pahang kan? ahahah!

erm.guess who am i! said...

wah..now i dah tau why u always busy dis lately!!
erm..cool!!!!
jodoh with kerabat!!amin!nanti jemput k!!itupun if ingat kat i!!!
erm..cerita adalah berita!!herm.

Luaq Ezplanade said...

What r great journey u....syok kan kerja u....apa2pun work smart not work hard...hehehhe...take care.

Kifli Bujang said...

To Erm,guess who am i!,
Mcmlah I ni tak tahu siapa you, jangan nak berselindung disebalik mentari!

To Luaq,
Dah kerja nak buat mcm mana kan, semua orang ada excitment masing2 dalam tugas mereka. Moga cepat sembuh.

makcik said...

kesahnyeeee...patut laa lama tak nampak! hiks~

amat albab said...

bro, kangar kat perak ke perlis?kekekkeke

Kifli Bujang said...

To Makcik,
Sekarang ni saya keluar masuk istana je makcik, tak main dah Bukit Aman tu!

To Amat Albab,
Cikgu Jais dulu tak ajar ko ke geografi? ooo Cikgu Manimala ajar ko patutlah! heheh, Kuala Kangsar kat Perak, mesti ko kena tambah power cermin mata tu!

Anonymous said...

hi there, zach here.. not bad, good coverage.. istana arau tu kecik ajer kalo nak bandingkan dengan istana iskandariah, kuala kangsar.. masa kecik2 dulu time mak ayah masih bersama, kenalah mengadap sultan perak & raja perlis especially time raya.. coz arwah mak kerabat perak from teluk intan, dulu ada istana hinggap kat teluk intan tu.. father kerabat perlis.. takderlah formal sgt. among ourself, protokol is more to cara hidup seharian.. tiap2 hari dilatih supaya lebih sopan.. tapi sekarang nie lain plak jadinyer.. ramai gak ler yang jadi besar kepala just bcoz diaorang kerabat diraja.. xder maknanyerlah.. sultan & raja tonggak negara, raja adil raja disembah. raja zalim raja disanggah.. i do believe in daulat if there r a really good king.. its a God gift. anyway.. good job..
take care. u have a good one..
-zach-

Cik Khas said...

Encik Zul,
Bro Amat Albab tu refer ayat yg ni la :
"Baru-baru ini saya ke Istana Arau di Perlis dan terdahulu Istana Iskandariah di Kangar, Perak."

Kangar kat Perak ke Perlis? baca balik ayat awak EnciK Zul..
Ish ish ish, saya rasa Encik Zul lah yg kena tambah power cermin mata...patut la skrg baca berita pakai cermin mata...tapi takpe nampak lebih hensem n macho n mature...huhuhu