Behind The Scene!

20081125

Bloopers!

Kuala Lumpur, November 24th, 2008 (Mon) -- Pernahkah anda dengar atau terbaca di mana-mana tentang sesuatu yang boleh membuatkan anda tergelak tanpa disekat-sekat, dan ia berulang setiap kali anda membaca atau mendengarnya.

Itu yang berlaku pada saya hari ini.

Saya tergelak sewaktu sedang keudara gara-gara membaca nama orang yang boleh membuatkan saya pecah perut.

Saya sudah tahu, nama dia memang pelik, dan saya minta jasa baik rakan-rakan di galeri studio agar jangan sesiapa pun tergelak atau bersuara ketika saya menyebut nama itu.

Semua akur pada mulanya, namun sebaik saya menyebut nama Speaker Parlimen Thailand, Chai Chidchod -- semua orang gelak! saya apa lagi...turut tergelak. (yah! sangat tidak profesional) tapi tidak boleh nak kawal lagi dah.

Sebelum ini, saya amat berbangga dengan kemampuan saya mengawal emosi sedemikian ketika on-air, tapi apa yang merasuk saya tadi -- sesuatu yang sukar dijelaskan. hahah

Beberapa minggu lalu, insiden sama berlaku -- tapi ia tidak menimpa saya, ia berlaku pada seorang rakan apabila menyebut seseorang yang bernama Al-Bahlul.

p/s: Kenapalah mak-bapak depa ni kasi nama yang pelik-pelik, kesian kat kami yang nak menyebutnya.

11 comments:

Anonymous said...

salam..
apa lah makna disebalik nama 'chai chitchod' dlm kamus thai agaknyer iyer..? tp yg paling malang 'al bahlul' lah...
klu 44 kali org panggil...??? kasihan....sungguh kasihan...pd yg empunya nama tu,..ish...ish...apalah nasebbb...

mau ketumbit mata dok tgk 2nd incident kt dlm video ni...(ataghfirullah'al azimmm) ...hehehe..

-shida-

Kifli Bujang said...

To Shida,
Tapi apalah nasebb malang bagi I bila ada orang yang tengok waktu I tgh gelak tu hehe! Malu seyy.

Landz Encem said...

kifli, xde rakamannya ke? br baca je blog u, i dh terguling-guling..kalau dpt tgk video tusure pecah perut ni..wakakaka..

tp sy pun pernah gak x dpt menahan gelak di hadapan org ramai masa tu dalam pertandingan debat lak tu...adus.. malang sungguh..

p/s: thanks coz sudi menyinggah blog i

Helmi Razali said...

Hahaha.
Can't imagine, macam mana you tergelak besar tu. haish, and teringat yang u pernah cerita pasal your other 'bloopers'. hahaha.

and yess, kesian kat "al-bahlul". Sangat kejam mak bapak dia kasi nama sampai macam tu sekali.

Anonymous said...

Takpe...anggaplah kita gelak bersama-sama ek....tak best kan, klu gelak sorang2...??? hehehe...

-shida-

Kifli Bujang said...

To Landz (Encem sangat ke Ko ni?),
Rakamannya ada...tapi I ni bukannya IT savvy sangat hehe -- nantilah I fikirkan mcm mana nak buat (kalau ada rezeki lah).

To Helmi,
Taklah sampai gelak besar...cuma makin lama baca...makin manis muka I, itu yang menyebabkan bebudak lain semua gelak, suara I pun mula mengeletar menahan gelak.

To Shida,
Nasib baik ada kawan...kenapalah time tu u tukar channel dari tv3 ke BRTV? kalau tak sure hanya kami je yang tahu.

Anonymous said...

nama tu cuma pelik aje tapi kalau u kenal salasiah zakaria (dah pencen agak nye macam c karimah aunty faridah tu)u tanya dia apa perkataan yang paling dahsyat dia pernah sebut sewaktu dia baca berita rtm dulu.i bg u klue 'nama satu tempat' d malaysia timur....

kah kah kah..

i dgr u demam yea? makan ubat banyak2 atau minum paraquat lebih2.....semoga cepat semboh. amin.

naib penghulu pawana punye timbalan..

Kifli Bujang said...

To Naib Penghulu Pawana punya Timbalan (berapa punya panjang daaa),
Jangan memain tau...Kak Sal tu duduk sebelah meja I tau masa i kat RTM dulu... entahlah i can't imagine what was that, nama tempat?my wildguess-- Kalaban di Sabah? itu zaman I baru nak bertatih kot...masa tu U dah kerja I tahu....(seangkatan dengan Kak Sal for sure thing,--dah nak pencen juga ke u ni?)

p/s: jawatan Penghulu memang dikosongkan untuk I bertanding ke? u all memang best...I belum pindah ke sana lagi u all dah kosongkan tempat untuk I ....classs..

Anonymous said...

itulah rejeki namanyer....ntahlah...tp time tu, mcm ada satu suara ajer suruh i cepat2 tukar ke ch502...hehehe

-shida-

mrCharmed said...

ada sesapa upload part mamat ni tergelak kat u-tube tak?..
kalau ada bgtau la..
blh sama2 gelak guling2...ngeh ngeh ngeh

Kifli Bujang said...

Hamboi-hamboi...!