Behind The Scene!

20081130

Edisi Lompat!

Petaling Jaya, November 30th, 2008 (Sun) -- Orang selalu kata, wartawan atau peneraju berita (newsanchor) mesti seorang yang serius, bercakap hal-hal penting, soal ekonomi dan negara -- pendek kata, seseorang yang membosankan.

Tapi percayalah, itu bidang profesional yang diceburi dan ia memerlukan seseorang itu menguasai beberapa perkara dan isu-isu semasa yang jelasnya kelihatan agak serius, namun, ia bukan alasan untuk seseorang itu menjadi 'bosan'.

Pernah seorang kenalan berkata pada saya,

"Tak sangka kamu ni kepala gila, kelakar juga, selalu tengok dalam tv serius je."

"Kelakar ke? adalah sikit, dulu ingat nak pergi audition Raja Lawak, rupanya salah tempat, audition baca berita, habis tu dah dapat, ambil je lah!" jawab saya ringas dengan muka yang toya.

Eksklusif di Behind The Scene! -- gambar-gambar gila yang tidak pernah muncul di mana-mana.

p/s: Demi menjaga privasi individu tertentu, gambar-gambar ini perlu ditanda.

12 comments:

Anonymous said...

nasib baik gambar tu kena tanda bunge kalau tak rasa i mesti dia tak berapa hepi....

pawang pawana

Kifli Bujang said...

To Pawang Pawana,
Kalau dah masuk bab pawang ni yang seriau ni..takut kena black magic lah pulak! bahaya ni.

Silap-silap orang tu happy...muka kuar internet haha!

mrCharmed said...

gian melompat nampakkkk....
nasib ada style..
bak kata fatin AF tu..
ada styleeelaahhh

Kifli Bujang said...

To MrCharmed,
Ada style ke? isk isk malunya!

Anonymous said...

amboiii....!!!
tingginyer lompat...?
sampai cucur atap... ;)

-shida-

Kifli Bujang said...

To Shida,
Istilah yang saya selalu pegang, daripada kita pergi jauh... lebih baik kita pergi lebih tinggi. (dalam maknanya)

dukustreet said...

berita paling saya suka tgk ialah berita bernama...sebab ianya baru dan benar...terima kasih kifli bujang...

Anonymous said...

Yah baru dan benar...!

Lily.Lulu said...

Love the pic ..
masa kat phuket kan ????
;)

NuRuLeRnAdEwI said...

Bro,
Bestnyer gmbr lompat2.... huhu...

Kifli Bujang said...

To Duku,
thanks for your support.

To Lily Lulu,
Eh eh mana u tahu ni itu gambar kat Phuket? haha mesti u ngendap masa i amek snap tu kan hehe

To Nurul,
kalau try amek pic mcm tu kasi tau lah ...i boleh tolong hehe

cik furbie said...

saya pun ada sorg kawan mcm kifli ni
biler bergambr je suka melompat