Changi, Singapore, January 1st, 2009 (Thu) -- Saya pasti saat saya tiba di Kota Singa ini, masih ramai di antara kita masih diulik mimpi (itupun kalau hadirnya mimpi) maklumlah ramai yang pulang ke rumah agak lewat menjelang dinihari kerana meraikan Sambutan Tahun Baru -- tidak kira di sambut di Dataran Merdeka, Bukit Bintang atau majlis tertutup yang berbuih.
Saya hanya sempat tidur sejenak, jam 4 pagi sudah bersiap sedia untuk terbang ke Changi kerana mengikuti lawatan kerja Menteri Pelanconga, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Permulaan yang baik untuk tahun ini saya kira, setelah hampir dua tahun saya tidak membuat tugasan di luar negara. (walaupun Singapura tidaklah jauh mana -- tapi tetap guna pasportkan? haha!)

Biasanya kalau buat tugasan di luar negara, jangan mimpi untuk bersantai-santai -- tetapi memandangkan kami tiba dengan penerbangan paling awal, tentu sekali ada banyak masa untuk tidur di bilik (yang mewah itu...) sementara menunggu esoknya untuk memulakan tugasan.
Hari pertama 2009 di negara pulau ini saya habiskan dengan makan (room service sahaja...), tidur, bersiar-siar ke Bugis dan Esplanade -- meskipun Singapura buka asing sangat bagi saya yang berasal dari Johor ini.

Esok merupakan hari yang sibuk bagi kami kumpulan wartawan dari Malaysia khususnya saya, kerana komitmen dengan jadual live-voice-cast sepanjang hari tidak termasuk jadual feed.