Behind The Scene!

20070922

Hari yang Panjang

KUALA LUMPUR, September 20th, 2007 (THU)Hari ini, hari yang panjang dan penuh cabaran bagi saya.

Bermula seawal jam 8 pagi menuju Shah Alam untuk liputan kes Altantuya yang kembali didengar selapas tertuduh ketiga Abdul Razak Abdullah Baginda menjalani pembedahan mata.

Bagaimanapun, belumpun sempat saya sampai di mahkamah, melalui telefon tangan saya dimaklumkan yang perbicaraan tidak dapat dijalankan kerana tertuduh masih lagi tidak sihat.

Sayapun berpatah balik ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, dalam perjalanan itu sekali lagi telefon saya berbunyi dan saya mendapat maklumat yang keputusan ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di Petaling Jaya Utama pada 17 September lalu adalah adik Nurin Jazlin Jazimin.

Saya terus lencongkan kereta saya menuju Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan memaklumkan perkara itu kepada jurukamera di pejabat dan bersiap-sedia untuk ke sana.

Seperti biasa, masalah utama di HKL adalah mencari petak untuk letak kereta.

Hampir setengah jam mencari-cari tempat sesuai untuk meletakan kereta dan dua kali pusing HKL, saya ambil keputusan untuk letak saja kereta di bahu jalan berhadapan Jabatan Forensik atau juga dikenali sebagai Rumah Mayat di kalangan kami.

Lebih 30 wartawan dari berbagai organisasi sudah berkumpul di hadapan Jabatan Forensik. Cuaca pada hari ini sangat terik, namun tidak terlintas di hati untuk berbuka puasa, tidak seperti sesetangah wartawan/jurugambar (lelaki Islam) yang terpaksa mengorbankan puasa mereka gara-gara tidak tahan.

Lebih tiga jam kami menunggu di luar perkarangan Jabatan Forensik semata-mata mahukan maklumat, adakah benar keputusan ujian DNA yang dilakukan menyamai sample darah ibu bapa Nurin? Apa perasaan mereka? Apa tindakan selanjutnya sedangkan pada hari sebelum itu mereka menafikan yang mayat itu adalah Nurin – anak mereka? Semua persoalan itu perlu dijawab.

Akhirnya, pada pukul 3.30 petang, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil memberitahu media yang keputusan DNA masih belum keluar dan beliau masih menyatakan itu bukan Nurin.

Apa sudah jadi? Polis kata keputusan ujian sudah keluar dan positif Nurin, tapi Jazimin kata keputusan belum keluar?

Tidak puas hati, kami hubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mohon penjelasan. Akhinya Datuk Khalid bersetuju memberi sidang media berhubung keputusan DNA itu.

Bergegas pula kami ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk berjumpa Datuk Khalid.

Dalam masa sama, kamu cuba mendapatkan penjelasan Ketua Polis Negara yang ketika itu menghadiri majlis di Jalan Dato’ Onn, ibu negara.

Semata-mata untuk dapatkan berita yang tepat, betul dan kredibel kami sanggup ke mana saja, Shah Alam-KL hari ini bagaikan litar kami.

6.30 petang deadline untuk berita Inggeris, kelam-kabut saya siapkan laporan.

7.30 malam, buka puasa ala kadar.

8.00 malam bersiap sedia masuk studio untuk menyampaikan berita-berita tersebut.

Keluar studio Editor saya kata, “Pergi rumah Jazimin malam ni, tanya dia nak tuntut ke tak mayat tu.”

Saya?” Tanya saya ringkas.

I don’t have anyone else.”

9.45 malam, dalam kereta menuju ke rumah Jazimin di Seksyen Satu, Wangsa Maju.

Tiba di sana, saya diberitahu Jazimin ke Shah Alam berurusan dengan polis.

Saya pun berjumpa dengan seorang sumber terdekat dengan keluarga Jazimin, berbual-bual sambil mencari maklumat dan mengorek cerita disebalik cerita.

Macam-macam cerita saya dapat dari sumber itu, yang semuanya saya sudah berjanji untuk off-record, maaf!

12.30 tengah malam, baru boleh pulang ke rumah.

Kan saya dah cakap… hari yang panjang!

4 comments:

Anonymous said...

bersyukur kerana saudara mempunyai hari yang panjang kerna bekerja. cukup bulan ada gaji. ada manusia di luar itu hari yang panjang bagi mereka lebih dahsyat kerana hanya duduk tanpa pekerjaan.....

penganggur jalanan:(

Anonymous said...

hurm, nak buat macam mana...dah memang tugas sebagai seorang wartawan...

-iha

Anonymous said...

Slm, nak buat macam mana, it's your kewajipan kan. Bersyukur, bersabar, dan bertenang lah... wslm.

Anonymous said...

saya ingat kamu tak liput kes ini lagi.