Behind The Scene!

20081227

Sabar Ajelah!

Kuala Lumpur, December 27th, 2008 (Sat) -- Hari ini saya bercadang untuk melangsaikan kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan memandangkan saya mengambil 'time-off' sepanjang hari semalam.

Masuk ke pejabat jam 10.30 pagi, bersiap sedia ke studio untuk berita 11 pagi, menyiapkan skrip untuk rancangan bicarawara 1Konsumer, membuat kerja-kerja editorial dan pre-produksi.

Ketika sibuk menyiapkan semua tugasan itu, kami diberitahu yang Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'affar, mangkat.

Bergegas kami siapkan 'breaking news' segmen.

Saya terpaksa tinggalkan dulu kerja-kerja yang sedang saya buat untuk 1Konsumer, beri tumpuan untuk menyiapkan balasungkawa Tuanku Ja'affar, suara saya digunakan untuk balasungkawa tersebut. (kenalah buat suara sedih sikit)

Arahan terbaru kami terima, semua peneraju berita dimestikan memakai baju hitam dan bersongkok berlilit reben putih bagi lelaki dan bertudung putih bagi perempuan.

Ini masalah besar, bukan nak burukkan organisasi sendiri, tapi maaf cakap kami memang sengkek, dalam wardrobe hanya ada seunit songkok, kot hitam dan tie hitam pun tak ada, jauh sekali nak cari tudung.

Mahu tak mahu, saya terpaksa on-air dengan pakaian berkabung seperti itu -- jalan selamat untuk waktu ini saya arahkan pembantu wardrobe lilitkan songkok itu dengan kertas putih dan stapler-kan ia, haha kelakarkan? sementara mereka pergi mencari pakaian dan aksesori yang lebih sesuai.



17 comments:

Unknown said...

hmm, a cheap but efficient alternative. kertas pun kertas la di saat2 terdesak kan. yg penting, appearance kene mantain.

Anonymous said...

wah, menyempat jugak dia tulis blog tuh..:D..
ehehe..tp tak tahan tu songkok lilit dengan kertas putih..bawak lah beli2 banyak skit nanti yer..huhu. nanti upload lah k

Anonymous said...

salam..
laaaa..kesian sungguh...selai tudung pun takdak ka..? klu cheq tau, buleh cheq tulung belikan kt bukit tinggi indon...baru rm6 selai..

-shida-

Kifli Bujang said...

To Helmi,
tulah nak buat mcm mana, dah terdesak...kena kreatiflah kan? haha

To Mattkic,
Ok dah uploaded dah pic songkok tu...dah namapun blog ini behind the scene kan..so puposely i upload cerita2 disebalik tabir ni..orang kat luar tu tgk mcm takde menda je kan..

To Shida,
Nak buat mcm mana..kami baru lagi...masih bertatih hahah!

Anonymous said...

ee cik zul, tak senonoh betul lah berita bernama nih..comotnya songkok u...hihihi..kot ye pun nak guna kertas, potong lah cantik2 n lekatkan cantik2...keluar tv tu sure nampak kecomotan songkok tu..

Anonymous said...

omigod!!! hehehe... this is a very interesting post! LOL! well, what to do kan...? kertas pun kertas la. hehehehe.....

Anonymous said...

hurm, sempoi aper... bertindak di luar kotak bro!! good job... :) heheh

Kifli Bujang said...

To Cik Khas,
Alah first time je pakai mcm tu..second bulletin dah buat elok2 dah hehe!

To Syaf,
Hey how are u..lama tak dengar cerita.

To Che Anon,
Tulah pasal yang penting hidup mesti jalan terus haha.

Sue Anna Joe said...

Macam kelas pendidikan seni. :P Cute. Sib baik tak guna liquid paper untuk mewarnakan garisan putih di songkok itu. Huhuhu.

NuRuLeRnAdEwI said...

Wahh...cayalah bro.... tiba2 dpt idea erk?

Landz Encem said...

salam maal hijrah serta tahun baru masihi bro. lama x menyinggah blog anda. emm kreatif daya pemikiran disaat genting, itu yg harus dipupuk dan dipuji.. lepas ni sure beringat ye.."hidup mesti beringat"..huhu

Kifli Bujang said...

To Anna,
haha mcm kelas pendidikan seni ker?kira oklah tuh, kreatif mcm mcGyver haha.

To Nurul,
Tulah pasal kenalah cepat bertindak.

To Landz,
Salam maal Hijrah juga untuk anda sekeluarga...moga tahun ini lebih gemilang untuk kita semua umat Islam. Kita kena selalu ingat mengingatkan sesama kita...sifat manusia mudah terleka.

Anonymous said...

i agree your idea ! very nice blog

Kifli Bujang said...

To Handmade Jewelry,
Thank you - thank you, lihat lah dunia..(eerr silap majlislah, sorry)

Anonymous said...

Although from different places, but this perception is consistent, which is relatively rare point!

kuin said...

lambatnya tuan umah nak update huhu

Anonymous said...

If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!
decorative fishing net