Behind The Scene!

20080928

Akhirnya!


Petaling Jaya, September 26th, 2008 (Fri) – Hari ini bersamaan dengan 26 Ramadhan, akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke salah satu Pasar Ramadhan berhampiran rumah.

Ya! Sungguh! Ke Pasar Ramadhanlah adalah perkara yang cuba saya elak, atas beberapa sebab – tidak suka tempat sesak, takut nanti baju bau asap dan takut terbeli makanan berlebihan – rambang mata.

Hari ini, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja saya singgah ke Pasar Ramadhan Sungai Penchala, kenapa hari ini? Saya tiada jawapan untuk itu, tiba-tiba rasa semacam mahu pergi dan beli sendiri makanan untuk berbuka.

Saya beli epok-epok inti sardin, popiah goreng dan nasi goreng ayam. Habis RM8.

Di pejabat, makan bersama beberapa rakan sekerja lain, macam kenduri pula.


*ikut fahaman saya; dalam dialek Johor epok-epok ialah karipap. Gambar oleh Static.flickr.

7 comments:

mrCharmed said...

eleh..orang gelemer..
mane nak pegi pasar ramadhan..
kuang kuang kuang

Anonymous said...

epok-epok is the right word....not karipap!
---pmm---

Kifli Bujang said...

To MrCharmed,
Isk-isk-isk glamor ke?

To PMM,
Orang Johor/Singapore faham ler.

MNR said...

bazaar ramadhan is precious. A must go place for me time bulan puasa.. Sigh~

Kifli Bujang said...

To MNR,
Remember i said nak beli kuih for your mum buka puasa..hehe ended-up beli kuih kat Secret Recipe haha! that's me!

SAROL SILITONGAK said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Ari tuh xsempat nak buzz u back kat ym..dah tido..ngeh2

Kifli Bujang said...

To Sarol,
Selamat hari raya juga untuk anda, moga lebaran yang berkat dan disambut meriah anda sekeluarga. Ameen.