Behind The Scene!

20080919

Cuti Raya!

Petaling Jaya, September 19th, 2008 (Fri) -- Dua tahun berturut-turut sebelum ini saya dapat bercuti pada hari raya Aidilfitri, alasannya saya sudah cukup senior untuk bertugas pada hari lebaran dan lebih-lebih lagi ramai petugas-petugas baru.

Tapi, pada tahun ini, saya dengan relahati menyerahkan keputusan sama ada membenarkan saya bercuti atau tidak kepada pihak pengurusan -- biar mereka tentukan.

Dan keputusannya; mereka mahu saya bertugas hingga hari raya ke-4 selepas itu baru dapat bercuti selama seminggu.

Alah bisa tegal biasa!

Buat mak, dari jauh kupohon ampun.

Buat abang-abang dan kakak-kakak, nanti kita beraya bersama-sama kemudian.

Buat adik-adik wartawan baru di pejabat, inilah masanya untuk mengutip pengalaman beraya di tempat kerja (kita raya sama-sama ye!)

Buat kawan-kawan lain dan rakan-rakan blogger, kalau nak hantar kuih raya tu dialu-alukan :)


Salam lebaran dan kemaafan jua dipinta dari semua.

6 comments:

Anonymous said...

nie nak kuih raya termasuk dalam 8 asnaf ke???
==pmm==

amat albab said...

wey zul,

apa cite?raya kat kluang ka ke umah kak june?

mrCharmed said...

sah akan melelehhhh ayaq mata hang naaa...tahun ni raya hang kena keja..

Anonymous said...

selamat hari raya ye encik zul! -su kluang-

Kifli Bujang said...

To Amat Albab,
Takkisahlah raya kat mana pun, yang penting kita happy heheh! Ikutlah mak ada kat mana...

To Mrcharmed,
Isk I tak kisahlah, dah biasa...masa duduk kat luar negara dulu lagi pulak, (ahaks berangan dalam mimpi).

To Sue,
Selamat hari raya..ko kena kerja ke? eleh mesti ko pakat dengan Haikal...

Anonymous said...

Amat Albab,

Zul raya kat Singapore tahun ni... hahahaha...

Zul, datang SG tao!! nanti dah takder chance nak pegi umah I yang tingkat 19 tu!!

~nanazari~