Behind The Scene!

20080915

Bila Pakcik ISA Bertindak!

Petaling Jaya, September 15, 2008 (TUE) -- Dua tiga hari ini hampir semua orang bercakap mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang jarang-jarang sekali digunakan.


Mangsa terbaru, seorang pemimpin politik yang juga exco kerajaan negeri, seorang editor blog dan seorang wartawan (walaupun hanya ditahan tidak lebih 24 jam).


Apa yang bakal saya lahirkan di sini, dalam bentuk pandangan peribadi, barangkali akan menjadikan saya tidak popular (popular ke?) bagaimanapun ia bukan berbentuk penulisan kepartian atau berbaur politik -- jauh sekali.


Tetapi sebagai salah seorang pemain dalam dunia kewartawanan saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu.


Pernahkah anda dengar tentang 'self-cencorship'? Saya cukup percaya pada istilah 'self-cencorship' itu, kerana pada saya itulah tanggunjawab sosial yang perlu saya pikul untuk memastikan ketenteraman semua pihak.


Apabila saya menulis sesuatu laporan yang menyentuh soal sensitiviti perkauman, gender, sosial dan budaya pasti saya menanya pada diri sendiri, adakah ia bakal menyinggung perasaan orang lain? adakah ia akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat?.


Justeru, saya mengelak dari menggunakan perkataan-perkataan yang boleh mencetus rasa tidak senang itu.


Betul! tugas wartawan melapor, tapi berdosakah sebagai wartawan jika kita tidak melaporkan sesuatu yang kita sudah tahu buruk-akibatnya? saya tidak menipu fakta, hanya tidak melaporkan sepenuhnya sahaja.


Sekadar contoh; satu kejadian pergaduhan yang tercetus antara lima lelaki Cina dengan seorang lelaki Melayu gara-gara teman wanita lelaki Melayu itu diganggu oleh salah seorang kumpulan lelaki Cina terbabit, mengakibatkan lelaki Melayu itu terbunuh.


Dalam kes ini, saya TIDAK akan menulis apakah bangsa lima lelaki yang memukul sampai mati lelaki Melayu itu, cukup sekadar saya katakan "Sekumpulan lima lelaki menyerang seorang pelajar hingga mati dalam satu pergaduhan..."


Ini kerana saya percaya, jika saya tulis apakah bangsa lima lelaki terbabit ia akan menerbitkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Mana boleh lima Cina lawan satu Melayu? Sudahlah Cina itu yang menggangu gadis Melayu terbabit? tanpa sedar ia menimbulkan 'racial-tension'.


Berbalik kepada soal terkini dalam negara, saya tidak salahkan wartawan Sin Chew Daily itu kerana dia melapor apa yang benar, tapi dalam diri perlu ada semangat nasionalism dan 'self-cencorship' yang saya katakan.


Barangkali ini antara ilmu yang saya peroleh dari Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail menerusi beberapa siri bengkel kewartawanan dengan beliau yang saya hadiri.


Al-Fatihah Pak Samad.

5 comments:

Anonymous said...

in life the best practise is "no fear, no favour"....

razak majid

Kifli Bujang said...

Rajin pula bakal jiranku Datuk Seri Haji Razak Majid meninggalkan komen di sini.

Anonymous said...

saja nak bg komen yang bernas utk org bernama....

razak majid

simawarhitam said...

saya bersetuju dgn apa yg anda sampaikan.

Kifli Bujang said...

To Simawarhitam,
Itu sekadar pandangan peribadi je. Selamat meneruskan ibadah puasa dan lebih tabah berjauhan dengan suami.