Behind The Scene!

20080910

Buka Di Mana Hari Ini?

Gambar hiasan

Petaling Jaya, September 10th, 2008 (Wed) - Diam tak diam, sudah 10 hari umat Islam di negara ini berpuasa -- selamat berpuasa kepada semua dan sama-samalah kita menghayati Ramadhan al-Mubarak ini.

Kalau mengikut jadual tugasan sepanjang September/Ramadhan, 22 hari saya akan berbuka puasa di pejabat kerana tuntutan tugas.

Memang kelam-kabut kalau berbuka puasa di pejabat.


7.20pm berbuka dengan kurma dan sedikit makanan, tergesa-gesa pula untuk bersolat, 7.45pm mesti masuk ke bilik make-up, 7.55pm sudah bersiap sedia di dalam studio. (10 minit nak pakai baju, make-up, blow rambut semua, mana sempat!)


Gambar hiasan


Bagus juga, setidak-tidaknya dapatlah saya mengawal makan, tidaklah terlebih makan waktu berbuka.
Ini secara tidak langsung menjawab kepada segala persoalan mengapa saya terpaksa menolak undangan majlis berbuka puasa samaada dari pihak korporat, keluarga dan rakan-rakan. Maaf ya!
Memang seronok kalau dapat berbuka puasa beramai-ramai dengan rakan-rakan baik, keluarga dan sebagainya, dapat makan di luar, berkumpul dan berbual-bual, tapi nak buat macam mana...

8 comments:

Anonymous said...

ah ah iye.. makan tak byk tapi tu kat gambar (so called gambar hiasan) tu makanan mak ai...mee tiao, laksa, cendol, air limau, air tembikai...tak lembek kaki lepas ni nasibbb
--pmm--

Kifli Bujang said...

To PMM:
Itu gambar hiasan, taken a year ago... tak baik tau perli I hehe.

Anonymous said...

oooppppss maafkan i ya..i salah i ngaku i salah...sumpaahhhh oppss salah lagi. tak mau sumpah la
--pmm--

Luaq Ezplanade said...

Salam

Lama giler u tak blogging ek. Mesti bz with ur works and selamat berpuasa dibulan Ramadhan ini...take care beb~!

Muhafis said...

so u are reporter..
good luck dude.... tugas yg mncabar yek.. i letak u kat fren list.. coz sng nak tau pasal dunia
kewartawanan.. hehe

Kifli Bujang said...

To Luaq:
Saja nak kasi petanda bertapa busynya lah hidup I heheh.

To Muhafis:
Salam kenal, terima kasih kerana singgah melawat di bulan Ramadhan ni, hehe.
Cabaran tu memanglah ada... tapi menarik tau.
Kirim salam dengan orang Kulai (ops dah ada Jaya kat belakangnya lupa).

Anonymous said...

ye la tu tak makan banyak control. tapi ada jgk tiga empat kali kau gi menyebuk function berbuka puasa orang kat hotel2 mewah.....

pi rah.....

razak majid

Anonymous said...

ye la tu tak makan banyak control. tapi ada jgk tiga empat kali kau gi menyebuk function berbuka puasa orang kat hotel2 mewah.....

pi rah.....

razak majid