Behind The Scene!

20081105

Maaf, Makcik Sungai Isap!

SUNGAI ISAP, KUANTAN, October 25th, 2008 (Sat) -- Hari ini Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri diadakan di sini.


Seperti biasa 'short notice'! -- Penerbit hubungi saya dan minta pergi ke Kuantan, kelam-kabut cari baju melayu.


Sebaik tiba di sini 1 tengahari, orang mulai ramai, dan acara hampir bermula. Kami cuma ada masa tidak sampai sejam untuk memasang semua perkakasan siaran luar.




Sementara krew memasang semua peralatan, saya salin baju dalam OB Van dan bersiap untuk 'go on live', memang tidak susah pun nak buat siaran langsung macam ini, tapi perlu faham subjek yang ingin diperkatakan nanti dan menghafal nama tempat, nama-nama orang penting dan sebagainya.




Ketika hampir semua bersedia untuk bersiaran langsung, tiba-tiba ramai pula orang ramai melintas depan saya yang sedang menghadap kamera, FM pula pada waktu itu sedang sibuk dengan hal lain, tinggal beberapa saat sahaja lagi.


"Woi jangan lintas depan kamera boleh tak? FM mana?" jerat saya sekuat hati di tengah-tengah orang ramai.


"Makcik nak tumpang lalu kejap je." Jawab seorang wanita warga emas (sangat tua) yang ketika itu sedang melintas di depan saya.


Bukan niat saya untuk marahkan makcik itu sebenarnya saya hanya nak tegur FM agar menghalang orang dari melintas di hadapan kamera, dan saya tidak sangka pula makcik itu akan melintas di saat kami akan bersiaran langsung.


Ya Allah! rasa bersalah sangat, mesti makcik itu kecil hati. Saya mohon maaf sangat!


Suasana masa itu panas terik, baju jangan cakaplah -- basah lencun.




Ada pula tetamu yang hadir di majlis itu mahu bergambar, layankan sajalah.




OB van = Outsite Broadcast van (siaran luar)
FM= Floor Manager

15 comments:

Anonymous said...

hello bro.. lama tak baca coretan u... anyway tak sedap nah nama sungai tu.. sungai isap!
--pmm--

Unknown said...

Hurm, kesian betul kat mak cik tu. I think, you should belanja dia minum kalau jumpa lagi in the future.

Kifli Bujang said...

To PMM,
Tulah pasal, rasa mcm nak tergelak pun ada masa memula dengar nama tempat tu...orang Pahang ni memang pelik2 sikit.

To Helmi Razali,
I wish I could heheh!

Jasmin said...

bro... nak tau dak asal nama tu? kat situ ada 1 sungai dan kalu nak tau kat situ jugaklah sasaran banjir tiap2 tahun... tp dgn adanya sungai isap kadar banjir dan paras air tuh takdelaaa tinggi mendadak sgt coz sungai isap dah beperanan untuk meng'isap' air limpahan tuh semua... (he,,he, ye kot.. org kata)

kalu i tau u nak turun kuantan awal2 lagi i siapkan patin masak tempoyak & sambal tempoyak..

ondscene said...

salam
blog yg menarik, utk sama2 kita kongsi.
mungkin blog saya juga boleh kita sama2 kongsi pengalaman
ondscene.blogspot.com

Kifli Bujang said...

To Jas,
Sg. Isap tu tak jauh dari tempat u kan? kalau tau kan best dapat makan ikan patin masak tempoyak..dah lama tak rasa masakan you hehehe...bila nak masak lagi nih?

To Ondscene,
Alamak, bro pun dah ada blog lah heheh...concept blog kita hampir sama hehe...I dah jarang gi kes dah sekarang ni...duk office je...story tak menarik lah!

Jasmin said...

ermm da tak jauh sgt.. sg isap tuh bt.5 dan umah i bt.11. that day memang i ada area tuh... tp tak sanggup nak masuk ke pekarangan tuh coz sesak napas dibuatnya.

mehlaaaaa nak pekena ikan patin... special 4U.

Anonymous said...

tu pasal ada pepatah lama melayu "cakap siang pandang2, cakap malam dengar2".....

-abg pawana-

Anonymous said...

ah ah ye le tu..pandai la tu si abg pawana!
--pmm--

Kifli Bujang said...

To PMM,
I pun setuju, si Abg Pawana tu dia sendiri pun bukannya toleh kiri kanan kalau nak mengata orang pun...ada hati nak mengajar orang dengan pepatah Melayu lama lah pulak.

Adiha Production said...

Opss bro...kesian jer makcik tuh...
mesti masa tuh u tengah tension ek...panas...huhuh
tapi biasalah...manusia sering melakukan kesilap...

Sarol said...

makcik tuh mesti paham..kan makcik itu makcik..=)

Kifli Bujang said...

To Adiha,
Memanglah tension tapi rasa mcm tak patut I buat mcm tu..nyesal je..kesian makcik tu!

To Sarol,
Kita harap begitulah... tapi saya akan lebih rasa bersalah kalau makcik itu terus balik sbb kecik ati kena marah sob!sob!

mrCharmed said...

bila kita nak amik gambar bersama2?..
hehehe...

Kifli Bujang said...

Wah ada peminat nak amek gambarlah heheh!